Tragis!!
Seorang ibu muda dua anak dirogol dan dibunuh dengan kejam selepas
pulang menghadiri majlis pengebumian rakannya. Tiada siapa menyangka ia
jadi hari terakhir wanita berusia 31 tahun itu bernafas di muka bumi.
Dia jadi mangsa nafsu serakah seorang remaja lelaki yang baru berusia 20 tahun.
Menurut
sumber berkata, dalam kejadian di selatan samarinda itu, Ania 31,
dipelawa menaiki kereta oleh Danil. Tanpa sangsi dan curiga dia menuruti
ajakan remaja itu.
Ternyata
keputusannya itu silap. Ania diserang dan diperkosa. Tidak cukup kejam
lagi, jek kereta pula disumbat ke dalam kemaluannya hingga ke perut
sebelum dikembangkan.
Ania
dibiarkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam kereta sebelum
ditemui orang ramai yang kemudian menghubungi pasukan perubatan. Ania
kehilangan lebih tiga liter darah.
“Bicu itu ditemui berlumuran darah di bahagian tempat duduk belakang.
“Kelangkangnya
koyak. Dia ditinggalkan untuk mati di dalam kereta. Doktor melakukan
pembedahan sepanjang malam bagi menyelamatkan nyawanya dan dua kali
berjaya menyedarkannya sebelum dia pergi buat selamanya”
Mendiang
dikatakan meninggalkan seorang anak perempuan berusia 3 tahun dan
seorang anak lelaki berumur 1 tahun. Dia ditahan pihak polis tidak lama
selepas kejadian. Ketika disoal siasat dia mengaku melakukan perbuatan
kejam itu.