Alangkah
sakitnya hati membaca kisah hitam yang menimpa remaja perempuan ini.
Seorang bapa yang sepatutnya menjaga dan melindungi anak-anaknya sanggup
mencabul dan merogol beberapa anak perempuannya.
Menurut
mangsa, pernah dia mengadukan perkara itu kepada ibunya. Malangnya si
ibu enggan ambil peduli. Kakak mangsa yang juga menjadi mangsa nafsu
serakah si bapa juga tidak berani melaporkan perbuatan bapanya itu
kerana bimbang siapa yang akan menyara keluarganya sekiranya lelaki itu
ditangkap.
Namun mangsa nekad, ceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada Syed Azmi.
“Ayah pass phone dia pada adik. Adik ambil handphone dan main handphone. Di belakang adik, ayah mencabul dan merogol saya.”
Walaupun
ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tapi kalau dah keadaan seperti
ini berlarutan selama lima tahun dan bila mengadu dengan mak, mak tak
endah, cakap dengan cikgu, cikgu pula takut nak masuk campur. Akhirnya
main di depan adik-beradik empat orang pun dah tak ada perasaan dah.
Tetapi ia menyakitkan anak ini, silap-silap semua anak-anak ini.
Sewaktu
masuk sekolah menengah baru-baru ini, remaja ini cuba memberitahu
kejadian itu kepada gurunya dan gurunya menghubungi saya. Selepas
beberapa jam memandu, saya tiba di sekolah tersebut dan bertemu dengan
remaja berkenaan.
Semua
jenis perbuatan seks, anda namakan saja. Saya beri dia dua kit ujian
kehamilan dan keputusannya negatif. Saya memperkenalkan diri saya dan
menjelaskan bahawa kami di sini semua mahu melindungi dia. Saya tanya
nama dia dan tanya nama panggilannya apa.
Terdahulu,
guru berkenaan telah menjelaskan kepada saya mengenai apa yang berlaku
dan mereka mahu apa tindakan seterusnya yang boleh diambil. Seperti
kebiasaannya, hubungi talian Nur 15999, buat laporan polis dan buat
pemeriksaan kesihatan.
Tetapi
anak ini tidak takut dengan semua itu, apa yang dia nak tahu ialah apa
yang akan terjadi pada mak dan adik-beradiknya nanti. Dia tetap sayang
ayah, dia cuma nak ayah dia berhenti berbuat jahat padanya.
I actually said, “Today I try my best to do what you want. Nak report polis?
“Tak tahu.”
“Habis dik, nanti siapa nak beritahu ayah supaya jangan buat lagi?”
“Tak tahu.”
“Lagi lama kita tunggu, ayah akan terus buat.”
Akhirnya dia kata, “Kakak pun kena juga. Kalau kakak report, saya report.”
Kakak dia berada di Kuala Lumpur dan dia tinggal di Selangor. Dia menghubungi kakak dia, tetapi kakak dia seperti dia juga.
“Nanti
apa kata keluarga? Nanti apa kata jiran? Nanti ayah kena buang kerja.
Saya nak sambung belajar. Kalau ayah tak kerja, siapa nanti nak tanggung
belajar?
“Tak apalah, biarkan saja. Mak kata bagi peluang,” kata si kakak.
Saya
beri penjelasan lagi. Tetapi si kakak kata dia nak fikirkan terlebih
dulu dan malam ini akan beritahu keputusannya. Saya kata okey.
Remaja ini tadi dah mula bercakap sedikit, lebih baik dari awal-awal tadi. Rasa lega, katanya.
“Ini sementara saja. Nanti balik cuti semester lain pula,” jelas saya lagi.
Saya
pun pulang dan menunggu keputusan dari kakak remaja berkenaan. Saya
menghubungi JKM WPKL, pasukan beruniform dan prepared the teacher and
waited. Baru sebentar tadi si kakak dan buat keputusan.
“Buatlah report, tetapi biar hujung minggu sewaktu ayah tak kerja,” katanya.
And
as someone who respect the need and consent of a child, wish i could do
better. Everyone is in place. Now we let the system run.
Tetapi
yang saya paling sedih, among siblings, dah boleh share” Kau kena tak
semalam?” sesama sendiri sebab dah biasa kena. More then 5 years.
If
you ask me, the family dynamics plays an important role why children
fikir tak nak report. Ayah seorang sahaja yang kerja, mak suri rumah,
tiada datuk nenek saudara dan ada konflik keluarga. Jadi kalau ayah
masuk jail, siapa yang susah. Mereka yang susah. Jadi penyelesaian yang
itu perlu.
Imagine
how to answer that infront of the child? Mana sempat nak maki-maki.
Saya senyum sahaja dan explain our system macam mana.
*I may have foster care to be in place.
Apa
masyarakat boleh buat? Kenal balai polis yang berdekatan, dapatkan
number telefon polis. Ingat talian 15999 dan ajar pada semua anak-anak.
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT
(especially cikgu, kaunselor, jiran)
Sumber: Syed Azmi Alhabshi via The Reporter