Sejak diawal kemunculannya di dalam industri hiburan tanah air, pelakon Janna Nick pernah dikatakan menjalin hubungan sejenis, namun dia menafikan dakwaan tersebut dan ianya fitnah semata-mata.
Baru-baru ini, Janna Nick kongsikan ciri-ciri lelaki idamannya. Menurut Janna, dia mengakui takut didekati lelaki kaya kerana tidak mahu dianggap dirinya mudah dibeli dengan wang ringgit.
�Memang saya tak pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin lelaki kaya. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan lelaki kaya sering berfikiran semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit,� katanya kepada BH Online.
Menurutnya lagi, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana baginya wang bukan penentu kebahagiaan.
�Saya tidak kisah jika bakal suami nanti tidak kaya. Asalkan dia rajin, itu sudah memadai kerana boleh juga membantu bisnes saya. Kalau malas, saya tendang saja,� ujarnya.
Apabila ditanya tentang sikap terbukanya berkawan dengan golongan LGBT, dia tidak boleh membataskan pergaulannya memandangkan dia merupakan seorang ahli perniagaan.
Gambar Terkini Janna Nick
Sumber: ROTIKAYA